Thursday, February 19, 2009

Teka Teki Teka Tekuk

Sketsa ni berlaku di rumah, dalam keadaan santai duk melepak-lepak ngan anak-anak kat rumah, tengah boring-boring tak buat ape yang berpekdah..

‘ayong, nak dengar teka-taki tak??’
‘teka teki tu ape ayah?’
‘alah.. macam ni, ayah tanya soalan, pastu ayong try la jawab..’
‘ha?? OK’

‘cuba teka ape mende ni, ular mati hisap rokok?’
‘ha??? Ular boleh hisap rokok ke ayah?’
‘tak… tu umpama je, ayong kena la teka ape bende tu..’
‘tapi kenapa dia mati ayah?’
‘contoh aje la.. cepat la teka ape bende tu..’
‘kita manusia tak boleh hisap rokok kan, tak baik untuk kesihatan..’
‘ha’ah, jawab le teka-teki tu cepat..’
‘apalah ayah ni.. jawapan die, ular tu mati sebab hisap rokok la..’
‘???? Salah la.. bukan tu la jawapan die’
‘betul’
‘salah.. jawapan yang betul; ubat nyamuk la’
‘kenape pulak?’
‘kan ubat nyamuk tu bentuk macam ular, pastu kita kena bakar hujung die, baru ade asap, nampak la macam hisap rokok..’
‘tapi ubat nyamuk tu tak macam ular pun..’
‘apsal pulak, kan die bulat melingkar..’
‘takkkkkkkkk… ayong tengok ubat nyamuk tu empat segi je..’
‘hekele…’

Lupe pulak ubat nyamuk kat rumah aku jenis “mat”, yang pakai elektrik tu…
Betul la kata orang bebudak ni umpama kain putih plain..

5 comments:

  1. hehe... budak sekarang tak mahu terima bulat-bulat apa yang kita cakap. Dia selidik dulu, tanya dulu... sampai kadang-kadang kita pun give up.

    ReplyDelete
  2. hehehehe... ko nie pun.. kekonon nak bg teka teki.. alih22 ko yang kena explain pepjg wakakakah.. sungguh bijak anak ko.. leh jadi lawyer ler ;)

    ReplyDelete
  3. lenkali ko takyah la nak berteka teki ngan kekanak tuh, pasal2 ko kena tln panadol nanti, pening beb,hahahhaa.

    ReplyDelete
  4. Budak2 zaman nih...tak payah berbelit2 atau nak berbahasa2...diaorang nih lurus bendul!!! straight to the point.

    ReplyDelete
  5. Bebudak sekarang lebih advance...KBKK dorang tinggi!

    ReplyDelete