Friday, January 30, 2009

Demi Matahari

Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
(Quran:As-Syams 1-10)

Thursday, January 29, 2009

Akan Adakah Yang Menangis Bila Aku Tiada?

Dua malam lepas aku melihat anak-anak Palestin menangis mengenangkan ayah dan ibu yang syahid akibat serangan yahudi laknatullah, semalam aku melihat wanita-wanita Palestin menitiskan air mata pabila teringat pada kerabat dan keluarga yang syahid di peperangan.. Banyak sungguh dugaan dan cubaan buat mereka di sana..

Minggu yang dulu aku melihat seorang bapa menangis mengenangkan anak yang pergi akibat kemalangan, pernah aku melihat esakan ibu dan anak ketika lelaki yang bernama ayah pergi buat selama-lamanya..

Pernah aku sendiri menitiskan air mata mengenangkan orang tuaku yang dah lama tiada..

Entah kenapa terlalu banyak ingatan tentang kematian.. mungkin sebab umur dah melebihi separuh usia Nabi SAW, bekalan akhirat entahkan ada entahkan tidak :(

Akan adakah yang akan menangisi aku bila aku tiada nanti? Atau hanya rohku yang akan menangis mengenangkan bekalanku hanya dosa tanpa pahala? Apa ertinya tangisan apabila kematian menjadi ingatan?

Jangan ada esok yang menangis kerana cinta kepadaku, jangan ada nanti yang menangis kerana rindu kepada jasadku, jangan ada yang menangis hanya kerana hilang gelak dan tawaku.. Iringi aku dengan doa-doamu, iringi pemergianku nanti dengan hati yang tenang kerana aku hanyalah secebis kehidupan di dunia milik Yang Abadi..

" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".
Sabda Nabi SAW: “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”

Wednesday, January 28, 2009

Greco Roman

Segalanya bermula dengan di sini.. di sini aku belajar untuk berdiri atas kaki sendiri, di sini aku belajar untuk berlari, di sini aku belajar untuk mengerti tentang harga diri, di sini aku belajar mengenali hati dan budi, di sini aku belajar untuk mengenali diri sendiri..

11 Januari 1988, aku memulakan perjalanan.. bersaksikan tiang Greco Roman yang masih tegak berdiri sejak puluhan tahun lamanya.. (yang menjadi 'lift' buat kami manakala Gedebe mengejar dengan tali pinggang berhayun di tangan.. hahaha). Banyak cerita di sebalik tembok batu bertiang Greco Roman ini, nantilah kalau ada masa dan kelapangan, bolehlah aku singkap satu persatu.. sekadar buat cerita-ceriti untuk anak cucu di masa depan, manalah tau kot2 nanti jadi pelupa, blog ni buleh jugak dibuat rujukan.. :p

Sungguh banyak pengalaman dan kenangan, yang pahit yang manis.. yang semuanya kini sejarah hidup yang tak mungkin dapat aku lupakan.. Di sebalik tiang Greco Roman ini juga aku mengenali saudara-saudara aku yang hingga akhir hayat baru akan berpisah..

..
Dengan sejarah yang cemerlang
Harumlah namamu

..
Keluar membimbing negara
Maju terus mara

..
Tak ku lupakan jasa-jasamu
Oh Kolej Melayu..

Akan terus berkumandang lagu keramat ini, akan terus bergetar hati ini bila menuturkan bait-baitnya. Aku bangga menjadi sebahagian diri mu, melakar sejarah denganmu, mengalun lagu kehidupan bersamamu..

Semoga Greco Roman ini terus berdiri, untuk didikan anak-anak bangsaku yang lain..


InsyaAllah, akan ada pengganti ku kelak, yang melambai dibalik tingkap itu.. :)

Thursday, January 22, 2009

Merenunglah dan Bersyukurlah

Semalam aku mula membaca sebuah buku yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, dah lama dah beli buku ni tapi biasalah kan, nak mula dan nak maintain baca tu aku memang malas.. hahaha..

Buku 'La Tahzan' atau maksudnya "Jangan Bersedih' karangan Dr 'Aidh bin Abdullah bin 'Aidh 'Ali Majdu' Al-Qarni menjadi santapan minda aku bermula semalam.. Menarik dan memberi pandangan yang baru buat aku.. Lebih2 lagi dengan keadaan yang agak menyuramkan kebelakangan ini, setidak2nya bacaan kali ini memberi pandangan yang berbeza mengenai perkara yang berlaku disekeliling aku.. mungkin apa yang ditulis (aku baru baca 12 pages, banyak lagi, heheh.. ade 599 pages untuk diintai..) sesuatu yang tak asing diucapkan semasa seminar jati diri, motivasi dan sebagainya, tapi aku ingin menjadikan pembacaan kali ini sebagai peringatan buat aku yang sentiasa lalai dan alpa..

'Merenunglah dan Bersyukurlah' adalah kandungan pertama dalam La Tahzan.. sebenarnya hidup ini amat ringkas dan mudah sekiranya kita sentiasa bersyukur.. setiap yang ada pada diri kita walaupun hanya sedikit adalah anugerah Allah Yang Maha Esa, Dia lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apakah kita harus menangisi segala kekurangan yang ada pada diri kita sedangkan apa yang kita 'miliki' di dunia ini hanyalah pinjaman semata2..

Sedikit pembacaan dari La Tahzan; Apakah anda mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, walhal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya?

Renunglah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Allah memberi kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar Gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, dalam hidup yang ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, tidur yang nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagian, memiliki setumpuk kebaikan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renunglah dan bersykurlah!

Sekadar peringatan buat diriku dan sahabat di luar sana; apakah harus kita tangisi segala yang merupakan milik Allah semata-mata? Sesungguhnya aku lupa bersyukur kepada-Mu ya Allah, lalai dalam nikmat kehidupan duniawi sedangkan yang harus ku kejar adalah kehidupan yang abadi di akhirat nanti..
Ya Allah, segala puji hanyalah untuk-Mu, segala keagungan hanyalah untuk-Mu.. Engkaulah yang memiliki segala-galanya, pemilik nafas dan diri ku. Aku bermohon kepada-Mu ya Allah, tatkala nama-Mu ke seru, goncanglah dada ini agar aku terus tunduk dan bersyukur kepada-MU, bersyukur dengan segala nikmat pemberian-Mu ya Allah..
Ya Allah, dengan nama-Mu yang agung, dengan nama-Mu yang suci, Engkau yang meninggikan langit tanpa tiang, yang bersemayam di arasy yang tinggi, yang menundukkan matahari dan bulan, yang menjadikan segalanya di dunia ini. Wahai Allah yang maha dekat, yang lebih dekat dari urat nadiku; permudahkanlah urusanku, redhai segala pekerjaanku, jadikanlah lidah ku terus menyebut nama-Mu, izinkan air mataku terus mengalir selari keinsafan dihati kecilku ya Allah..
Ya Allah, tatkala dosa itu amat mudah untuk aku lakukan, ketika berkeluh kesah itu selalu menutur dibibirku; berikan aku hidayah ya Allah, bukakan nur iman di hatiku agar aku tidak terus menjerumus ke lembah kehinaan.. agar aku tidak terus mengkhufuri nikmatmu ya Allah. Ampunkan diriku, keluarga dan sahabat-sahabatku ya Allah, Engkaulah yang maha pengampun, yang maha penyayang, yang maha mengetahui akan apa yang aku lakukan..

Tuesday, January 20, 2009

Sandarkan Resahmu Di Bahuku

Hari ni aku nak share satu lirik lagu yang aku suka, dari dulu sampai sekarang.. (n maybe di akan datang.. mana tau kan). Aku boleh dengor macam2 lagu; rock, metal, pop, jazz.. rasanya banyak yang boleh aku dengor tapi tak semua yang aku boleh dengor tapi tak jemu2..

Pernah aku nyanyikan lagu ni kat gelpren aku, hahaha.. mase tu kat atas Gunung Hijau, tahun '96 kot.. bersaksikan sume yang join panjat gunung tu la.. hahaha.. romantik jugak aku rupenye bila diingat2kan.. :p

Ni lirik lagunye: Sandarkan Resahmu Di Bahuku (Sohaimi Mior Hassan)

Kasih bisikkan padaku
tentang sucinya cintamu
agar padam keraguan ini
buangkan semua risau di hati...

Kasih berjanji padaku
kau kan setia menunggu
agar cinta yang telah berbunga
pasti subur selama-lamanya...

Hulurkan jemari lembutmu
rebahkan resah diwajahmu
sandarkan bersama semua harapan
di atas bahuku...

Kasih marilah bersama
kita memohon pada-Nya
agar cinta yang mekar ini
sentiasa segar dan abadi...
Lirik lagu dulu-dulu banyak pengertian dan maknanya, banyak kias dan perumpamaan.. yang macam ni lembut bahasanya dan tentunya yang menyanyikannya pun sedap untuk didengar, tu belum dengor aku nyanyi lagi.. :)

Monday, January 19, 2009

Aku Sakit Kepala - My Headache Drives Me Crazy

Hari ni aku sakit kepala, masuk opis pagi buleh tahan lagi, bile dah tengahari jek, mule start berdenyut kepala aku ni, jalan pun merewang aje.. ni mesti penangan tidor pukul 4 pagi tadi nih.. hahaha.. padan muke aku..

Ape nak buat ekk.. malam ni nak buat lagi seround jaga sampai pagi, nak siapkan paper untuk submission esok pagi.. ape ubat buleh buat tak penat, leh jaga sampai pagi, aku tengok anak2 buah aku selamba je jaga malam main game internet..
Kalau la ade yang leh tolong massage kepala camni kan best... Tapi takleh lama2 kang tak siap keje aku.. Orang kate pi massage kat Indon best, kat Siam pun best.. aku dah try kat Bangkok tu, tak best pun, lagi sakit badan aku ade le.. :p


Atau ade yang buleh ciptakan machine camni untuk massage pale ni hah.. konpem hilang migrain, silap2 hilang pale sekali.. hahaha
Hehehe.. sakit ke tak sakit, selamat berjaga malam untuk aku buat kesekian kalinye.. Boss kalau tak bagi bonus banyak2 memang saje la.. :p

Geramnye Dengan Budak Bertuah Ni!

Ceritenye macam ni, hari ni (hari Ahad sebenornye) kitorang satu family pegi la kat kedai gambar baru bukak dekat2 dengan rumah kitorang ni, kononnya nak ambik gambar family dan nak try la dulu promo kedai tu.. siap pakai baju raye kaler hijau sedondon, pegi kedai tu.. :)

Si Addin ni pulak tak reti duduk diam, berlari sane sini, berguling la, ape a.. same la dengan akak ngan abang die, tapi bebudak berdue tu kalau disuruh diam boleh la diam kejap.. nak jadi cerite, tengah aku belek2 contoh gambar dah ber'frame' kat kedai tu, si Addin ni tibe2 jek datang hantuk kepala kat satu frame besar tu.. Amoi kedai tu tak cakap ape pun, die tengok frame tu terus angkat masuk bilik, dalam hati aku ni mesti ade yang rosak ni..

Addin ni tau aku marah kat die nih, memang aku dah marah pun sebab bile aku tarik die, die buat2 jatuh walhal aku tolak biase2 aje.. Aku tenung lama2 kat die, straight kat mata die, nampak a die serba salah.. lum naik suara lagi tu.. ingatkan dah settle takde mende, tengah duk tanya charges kalau develop gamba la ape la, amoi tadi datang cakap frame tadi tu dah rosak, aku kena ganti.. Tension tul!!! Dah Addin buat, kena la aku ganti.. :(, terbang RM200!!

Ade orang ni pulak boleh buat ngoi pulak, tanye nak buat ape dengan frame tu.. terus suh amik frame yang dah rosak tu, amik sume barang2, balik rumah! Tak amik gambor pun, hilang mood semua dengan incident tadi tu.. Diorang tau kot aku marah, sorang pun tak berani tegur.. hahaha.. sape suh buat hal..

Bebudak ni, kalau cakap tak nak dengor, paham la jugak kecik2 lagi, kalau marah kang kesian la pulak, takkan mende kecik pun nak kena marah.. tapi hari ni, memang geram betul la dengan Addin ni, tapi bile dah kat rumah tengok muke die, hmmm.. cayor di buat nye.. tau kenape aku susah nak marah die.. ha, tengok la gambo2 die ni..




Abis tu macamana nak marah, die senyum aje memang buleh buat orang lembut hati dah.. ish...

Saturday, January 17, 2009

Ikan Selar Kuning? RM15 sekilo bang!!

Hari ni aku pegi pasor tani, beli barang2 rumah le, basah kering ape yang patut.. mase kat tempat jual ikan tu, tengok takde harga dipaparkan kat situ tanyalah harga ikan yang ade

aku: Bang, ikan selor rege bape bang?
tokei ikan: lime blas hengget bang!
aku: mak aih.. ikan kembung?
tokei ikan: same gak, lime blas.. ikan bawal tu doploh due..
aku: sotong tu? besor2 ekk sotong hari ni.. (konon kot2 leh dapat rege murah sikit..)
tokei ikan: sotong nam blas sekilo
aku: (sambil tertelan ayor lior, pastu cakap dalam hati) apese la tak letak tanda harge, kan senang..
aku: ketam bape tu?
tokei ikan: doploh satu hengget bang..
aku: ha.. OK..

dah amik ikan takkan tak bayor kan.. bayor je la, ikan selar ade le dalam pat ekor, ikan sardin ade pat ekor gak, pari tuka sekor sedang.. RM 26 lebuh macam tu je.. mehe nye rege ikan sekarang ni.. abis tu nak makan lauk ape pulak la kalau macam ni.. takkan nak berlauk telur goreng hari2... :(


Teringat-ingat mase kecik2 dulu mase kat tinggal kat Kuala Kangsar, apek jual ikan tu datang hari2 kat depan rumah naik beskal.. dengor bunyi hon (ape panggil name mende tu yang kena picit dgn tangan pastu keluor le bungi macam hon tu..) mesti kite keluor pegi beli dengan apek tu, dulu kena beli hari2, rumah bukan ade peti ais buleh simpan ikan dalam freezer tu.. kalau tak salah, mase tu akak bawak 2 ringgit je, buleh beli ikan lime nam ekor, beli sayur, beli fishball, kadang2 beli sotong la ape la.. cukup pulak tu 2 ringgit tu nak beli macam2.. kalo sekarang ni, bawak seratus pun habis sekali jalan kat pasar tani/pasar malam.. isk..

Rege duit kita makin murah, dan orang makin nak banyak untung bila meniaga.. tak macam dulu.. saling tolong menolong..

Yang tak bestnya, balik rumah bukak web KPDNHEP - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, saje nak check rege semasa; Ikan Selar RM7.5/kg, Kembung RM10/kg, Bawal RM18/kg; yang lain2 tu tak dipantau.. ish ish ish.. suke2 dorang jek nak naik rege jual, kang aku report kat KPDN kang.. geram pun ade nih..

Kembung, oh kembung... :(

Friday, January 16, 2009

Warkah Untuk Abang - A Note For Husband

Hari ni aku dapat warkah dari isteri aku, email jek, bukan tulih atas kertas kajang tu.. lama sungguh tak dapat apa2 tulisan dari dia, ye a, dah duduk serumah nak tulis mende.. cakap aje la depan2 kan.. tapi sebenornye aku lebih menghargai kalau dia menulis sebab ape kadang2 tu boleh jugak la di baca semula.. kalau cakap ni selalunya lupa..


Ape yang dia tulis tak payah lah aku perkatakan kat sini tapi cukup untuk aku katakan dia mengingatkan aku tentang tanggungjawab aku kepada dia dan keluarga.. Sememangnya kesibukan bekerja membatasi waktu untuk aku untuk bersama dengan keluarga. Malah masa di rumah pun aku gunakan untuk menyiapkan kerja2 pejabat..

Sungguh aku rasa bersalah pada dia tapi apakan daya, aku tidak mungkin dapat mengembalikan semula waktu2 yang patut aku luangkan untuk dia dan anak2ku.. insyaAllah bermula hari ini akan aku perbaiki diri aku agar lebih banyak masa untuk mereka yang aku sayang..

Aku pemarah?? Itu salah satu perkara yang dia nyatakan.. memang, aku akui aku mudah marah kebelakangan ini.. kekangan kerja? entahlah, mungkin juga, tapi itu bukan alasan untuk aku mudah panas baran.. aduih, kesian anak2 aku kena marah walhal kesalahannya hanya kecil, apalah yang mereka tahu tentang salah dan silap sedangkan mereka terlalu muda untuk menilai mana baik dan buruknya.. ayah minta maaf ye ayong, daneal, addin.. :(


Banyak juga yang isteri aku tegur tentang aku.. mudahnya aku melupakan janji2 aku padanya sedangkan usia perkahwinan baru memanjat umur 8 tahun.. hmmm.. itulah sifat manusia yang selalu lalai dan alpa, aku juga manusia biasa, perlu waktu dan masa untuk merubah sifat burukku menjadi lebih baik dari hari ini..


Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana memberi aku teman sepertinya, Kau melengkapi aku dengan baik untuk burukku, dengan buruk untuk baikku agar aku mengerti dan bersyukur kepada-Mu selalu. Ya Allah, panjangkan nikmat kasih sayang antara aku dan isteriku selagi nafas masih mengisi ruang tenggorokan ku, izinkan aku membahagiakan dirinya selagi hayat masih menjadi pinjamanku..


Terima kasih sayang kerana mengingatkan aku tentang salah dan silapku.. maafkan aku kalau ada tutur dan kata yang mengguris hati, ampunkan aku sekiranya tingkahku menyakiti diri dan hatimu.. :(

Thursday, January 15, 2009

Hari Penentuan Prestasi - Assessment Day

Hari ni ada assessment!! Dan aku tak siap lagi mid year report aku yang sepatutnya aku submit semalam dan yang bestnya sempat lagi bukak blog ni.. hahaha


Ape yang menarik dan pentingnya penentuan prestasi? Adakah hanya untuk menentukan di mana kedudukan prestasi kita atau untuk meningkatkan lagi prestasi kerja kita? Kadang-kadang rasa macam tak adil aje cara assessment dijalankan (mana ada hukum dunia yang bebetul adil, kan.. kan.. kan..), tapi ape nak buat kat sini dah caranya memang macam tu.. "Assessment" yang dibuat selalunya subjektif, bergantung kepada penilai atau lebih tepat "BOSS", untung la bagi mereka yang dapat boss yang memahami tugas dan kerja yang dibuat, tapi bagi yang jenis tak faham atau buat2 tak faham.. aduih.. sakit la hati tengok penilaian yang tak menunjukkan tahap prestasi sebenar..

subjektif dalam penilaian prestasi memang sangat bergantung kepada individu yang menilai, bergantung kepada sifat dan sikap penilai.. selalunya bile assessment dibuat, penilai akan jadi macam "fault finder", cari yang salah aje, habis la berguni-guni kebaikan yang pekerja berkenaan dah buat.. "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.." tepat betul perumpamaan tu.. reward akan bertukar menjadi punishment, walhal kalau pekerja tu ta bekerja, mungkin keuntungan syarikat tak sampai ke mana..

entah ape pulak result assessment aku hari ni, harap2 biar la yang baik, sape suh buat keje last minute kan.. hehehe.. main blog lagi..

Wednesday, January 14, 2009

First Post - Hantaran Pertama

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Orang buat blog, aku pun nak buat blog jugak tapi macamana nak buat, aku pun tak tau.. ni semua sebab tengok blog kawan baik sorang tu buat blog pastu terjangkit pulak.. hahah.. takpe lah, kejap aje tak tau caranya ni, esok lusa kalau sampai gila aku nak menggodek cara nak pakai blog ni, tentu takde masalah punye.. hehe :)

Kenapa aku buat blog? Entah, tak tau, saje2 kot, nak buang masa kot, atau saje nak meluahkan isi hati.. banyak no simpan kat dalam hati pun tak elok kan..

Kenapa tajuk blog ni "Antara 3 Kuala"? Senang je.. sebab 3 tempat yang bermula namanya dengan "Kuala" yang pertama-tamanya mengajar aku tentang kehidupan.. alah, orang lain pun dah pernah buat tajuk macam ni jugak, paham2 aje lah kan..

Dalam blog ni, aku mungkin akan cakap banyak tentang kehidupan dari kaca mata aku, mungkin banyak cerita anak2 aku; terpikir jugak, ape dorang rasa kalau blog ni kekal bertahun2 dan bile dorang cukup besar nanti terbaca blog yang ade cerite-cerite diorang (sekarang pun dah reti dah walhal yang sulung baru nak masuk 7 tahun, terer tul budak sekarang ni)..

Aku jugak mengharapkan komen yang membina, untuk kebaikan semua.. harap2 takde post aku nanti nak membuatkan orang lain kecil hati, terluka, terasa hati dan sebagainya..

Okeh, jom publish my "First Post".. wish me luck..