Friday, January 16, 2009

Warkah Untuk Abang - A Note For Husband

Hari ni aku dapat warkah dari isteri aku, email jek, bukan tulih atas kertas kajang tu.. lama sungguh tak dapat apa2 tulisan dari dia, ye a, dah duduk serumah nak tulis mende.. cakap aje la depan2 kan.. tapi sebenornye aku lebih menghargai kalau dia menulis sebab ape kadang2 tu boleh jugak la di baca semula.. kalau cakap ni selalunya lupa..


Ape yang dia tulis tak payah lah aku perkatakan kat sini tapi cukup untuk aku katakan dia mengingatkan aku tentang tanggungjawab aku kepada dia dan keluarga.. Sememangnya kesibukan bekerja membatasi waktu untuk aku untuk bersama dengan keluarga. Malah masa di rumah pun aku gunakan untuk menyiapkan kerja2 pejabat..

Sungguh aku rasa bersalah pada dia tapi apakan daya, aku tidak mungkin dapat mengembalikan semula waktu2 yang patut aku luangkan untuk dia dan anak2ku.. insyaAllah bermula hari ini akan aku perbaiki diri aku agar lebih banyak masa untuk mereka yang aku sayang..

Aku pemarah?? Itu salah satu perkara yang dia nyatakan.. memang, aku akui aku mudah marah kebelakangan ini.. kekangan kerja? entahlah, mungkin juga, tapi itu bukan alasan untuk aku mudah panas baran.. aduih, kesian anak2 aku kena marah walhal kesalahannya hanya kecil, apalah yang mereka tahu tentang salah dan silap sedangkan mereka terlalu muda untuk menilai mana baik dan buruknya.. ayah minta maaf ye ayong, daneal, addin.. :(


Banyak juga yang isteri aku tegur tentang aku.. mudahnya aku melupakan janji2 aku padanya sedangkan usia perkahwinan baru memanjat umur 8 tahun.. hmmm.. itulah sifat manusia yang selalu lalai dan alpa, aku juga manusia biasa, perlu waktu dan masa untuk merubah sifat burukku menjadi lebih baik dari hari ini..


Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana memberi aku teman sepertinya, Kau melengkapi aku dengan baik untuk burukku, dengan buruk untuk baikku agar aku mengerti dan bersyukur kepada-Mu selalu. Ya Allah, panjangkan nikmat kasih sayang antara aku dan isteriku selagi nafas masih mengisi ruang tenggorokan ku, izinkan aku membahagiakan dirinya selagi hayat masih menjadi pinjamanku..


Terima kasih sayang kerana mengingatkan aku tentang salah dan silapku.. maafkan aku kalau ada tutur dan kata yang mengguris hati, ampunkan aku sekiranya tingkahku menyakiti diri dan hatimu.. :(

1 comment:

  1. Baguslah sekurang-kurangnya kita sedar kesalahan atau kekurangan yang tidak kita sedari. Manusia mana ada yang sempurna dan betullah kdgkala bila kita terlalu sibuk kita terlupa dan jadi cepat marah.

    Sekurang-kurangnya dia berterus terang kerana dia sayangkan ko kan. Aku lepas 5 tahn kawin dulu belajar untuk terus terang dengan pakwe aku dalam apa juga hal sebab kalau aku tak beritahu memang dia takkan faham apa dalam hati aku.. kat situ aku belajar bercakap dengan lelaki ini secara telus (hubby aku ler.. kalau pakwe cintan cintun itu lebih byk cover line wakakakah)

    Aku doakan korang terus bersama hingga akhir hayat ;) aminn

    ReplyDelete