Perjalanan aku ke Bandung dari 9 hingga 12 February yang lepas sedikit sebanyak ada memberi pengajaran tentang kehidupan dunia. Walaupun pada mulanya agak teruja kerana menjadi 'Jutawan' rupiah sebelum dan sesampai sahaja di Lapangan Terbang Husein Sastranegara, sedikit tayangan pengajaran yang aku tatapi dalam siaran RCTI menggugat ego aku sepanjang berada di sana.. dan harap2 ia akan terus berterusan di dalam lubuk hati aku semoga aku sentiasa ingat siapa aku, di mana dan milik siapa bumi tempatku berpijak..
Aku berkesempatan mengekori cerita 'Minta Tolong" Episod ke 16, siaran RCTI.. Ceritanya mudah, seorang nenek tua berbekalkan sebakul cili (cabai dalam bahasa indonesia) yang dikutip dari sisa-sisa jatuh di pasar, berkejaran di tengah-tengah kota meminta kepada penjual yang ku kira berkemampuan untuk membantu, minta ditukarkan dengan sekilo beras buat bekalan dirinya dan suami tua yang uzur di rumah..
Nenek ini berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain, ke gerai-gerai berhampiran, tidak ketinggalan kepada seseorang yang baru sahaja membeli beras dari pekedai dan hanya mendapati jawapan yang hampa.. Aku hiba, tertekan jiwa raga melihatkan nenek tua itu berjalan di tengah panas terik di tengah kesibukan kota yang padat dengan pedagang yang hanya tahu tentang untung dan laba.. malah seorang pemandu teksi yang aku sewa menyatakan kekesalan kerana hanya keuntungan yang mahu dikejar oleh orang-orang yang berkemampuan di negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam teramai di dunia..
Adakah yang mempunyai rasa kasih dan kasihan buat nenek tua ini? Aku menuruti kisah ini dengan sebak di dada, dengan berpura-pura tidur supaya tak diketahuan isteriku, aku sedih, aku pilu..
Lebih tujuh jam nenek tua itu berjalan, seratus tujuh (ku ulang: seratus tujuh=107) orang ditemui nenek tua itu untuk mendapatkan sekilo beras sebagai bekal alas perut dirinya dan suami.. hanya "tidak" menjadi jawapan, hanya galangan kepada hasratnya yang diterima.
Dengan sisa kudrat tua, nenek ini menghampiri seorang perempuan penjual kuih di jalanan, jawapannya juga mengecewakan, tiada jualan beras, tidak punya beras, rumahnya jauh untuk diambilkan.. namun berbunga hati bilamana perempuan separuh umur itu menyatakan kesanggupan mendapatkan beras buat nenek tua. Perempuan separuh umur itu ke kedai berhampiran meninggalkan nenek tua keseorangan di jualannya dan kembali dengan sebungkus plastik beras buat nenek tua.. Aku tentunya sebak, nenek tua dengan rasa syukur dan terima kasih terus meninggalkan perempuan separuh umur itu untuk mendapatkan suami di rumah.
Masih ada yang punya belas di kota besar di sana.. Mungkin ianya hanya mainan siaran television untuk mendapatkan rating pelanggan yang tinggi? Itu tidak penting untuk aku, yang utama, mesejnya disampaikan..
Jangan mudah mengengkari keperluan mereka yang memerlukan, bantulah seadanya kerana mereka juga makhluk Allah yang sama2 berkelana di bumi pinjaman-Nya ini.. Aku mengingatkan kisah yang sama di sini, bumi Malaysia, jikalau artis meminta tolong untuk rawatan kelumpuhan dan tulang belakang, berkejaran mereka yang berada membantu.. kalau yang meminta hanyalah anak jalanan, tunggulah hingga perlu akan dibantu, itupun kalau perlu..
Kisah 'Minta Tolong' tidak berhenti di situ, setelah perginya nenek tua tadi, datang wakil ku kira dari penerbit rancangan yang berkenaan terus ke perempuan separuh umur tadi sambil menyerahkan segenggam wang (tentunya jutaan rupiah) kepadanya. Dalam tangisan beliau sujud syukur kepada Ilahi, dalam tangisan hilang gagah kakinya hingga jatuh ke jalan, berlari sang suami dengan gemuruh dari tempat jualan yang jauh mengejarkan isteri yang disangka sakit.. dan hanya tiba mengetahui rezeki dari Allah itu boleh datang dengan tiba-tiba jikalau ehsan dan kasih menjadi pegangan hidup.. Pulang ke rumah pasangan ini dalam tangisan, tangisan keluarga tua atas rezeki yang diberikan, tangisan anak2 atas rezeki yang diperoleh yang tak mungkin dapat di kecap hanya dengan jajanan di jalanan..
Masih adakah insan semulia perempuan separuh umur itu, membantu tanpa mengharapkan balasan dan hanya Allah tepat bergantung harap..
Adakah aku juga begitu, akan punyakah hati dan perasaan yang sama bila seseorang meminta tolong kepadaku kelak? Biar air mata ini mengalir ketika baris-baris ayat kuungkap, agar sentiasa menjadi pengajaran buatku dan temanku yang membaca..
Ampuni aku ya Allah, aku engkar kepadamu, aku angkuh dengan pinjaman-Mu kepadaku.. Jauhkan aku dari sifat tamak dan dengki, jauhkan aku dari sifat keji ya Allah, agar aku sentiasa tunduk dan bersyukur kepada-Mu...

Setiap kejadian ada hikmah yang boleh kita perolehi ;) dan setiap peristiwa ada kjadian yang boleh kita pelajari..
ReplyDeletewah bercuti sakan ke bandung ek.. takkan sedih sendu jek.. gambar ye mana?? mentang2 pergi dating berdua jek.. leletak ler gambar sekeping dua heheheh ;)
salam ziarah..
ReplyDeleteaduhh..menitik air mata acik membaca kisah nenek tua nih.....ada juga kisah yg bejaya mencuri airmataku yg amat payah mengalir nih...
Di Malaysia, rsanya tidak ada yg hidup sepayah itu kot...hingga tepaksa berjln jauh dan meraih simpati org lain demi memberi makan keluarga.
Yang ada, peminta sedekah yang pendapatannya adakalanya lebih lumayan dari kakitangan sokongan kerajaan...
thx.
Insan2 yang diasuh agar sentiasa berbudibahasa dan selalu menghormati insan lain sedari kecil sememangnya ramai lagi.....cuma jarang2 sangat kita dapat jumpa.
ReplyDeleteTokma cadangkan Faizal sendiri boleh cuba test try, pakai baju lusuh koyak rabak berdiri ngan muka sedih menggigil2 konon tak makan seminggu, berdiri depan gate umah tokma....faizal nengok apa tokma nak buat....!!!!
ina: setiap kejadian yang berlaku tu adalah dengan kehendak Dia Yang Maha Esa, moga2 aku tak lupa dan alpa dengan jutaan nikmat yang aku ada sekarang ni..
ReplyDeleteacik: mungkin ade kot acik, kite je yang tak tahu.. pernah terima email tentang kehidupan daif sebuah keluarga yang saya rasa tak sangka masih ada seumpamanya di Malaysia. cuma mereka tak meminta.. saya pernah bekerja di ladang, pernah tengok mereka yang hanya punya apa yang ada di badan, pernah tengok mereka yang gaji bulanannya cuma 120 ringgit, dengan sebanyak itu menyara keluarga.
tokma: takpe lah, terima kasih.. saya dah rasa hidup susah, walaupun tak sesusah mana tapi pernah la puasa lebih tiga bulan, pernah la jugak makan roti canai sekeping pagi dan simpan lagi sekeping untuk makan malam.. takpe a, tak payah la diulang/dicuba kedaifan sebab memang tak disukai Allah dan Nabi-Nya pun..
heheh.. pernah jugak orang pandang rendah sebab dia memang lagi tinggi dari saya..