Ape nak jadi dengan negeri kelahiran aku ni.. Politik bergolak lagi.. kat mana lagi kalau bukan kat Perak Darul Ridzuan..
Kesian aku tengok bangsa aku, yang berkepentingan kat atas singgahsana saling berebut kerusi MB, exco, menteri.. yang mengundi ape yang dapat?? Kenapa la tak sama2 bermuafakat, bermesyuarah untuk bangunkan negeri dan anak bangsa.. setakat fahaman politik lain2, tak sama, esok kat akhirat esok bukannye masuk soalan ujian Mungkar dan Nakir pun.. takdenye die nak tanya korang tu UMNO ke, PAS ke, PKR ke...
Kalau-kalau lah yang bernama Pak Menteri lain-lain fahaman tu boleh bekerjasama, kan aman negara kita ni.. biar pihak mana pun yang memerintah, yang penting pemerintahan mengikut undang dan lunas keIslaman.. adil dan saksama.. Sedangkan permulaan zaman Khulafa Ar-Rashidin pun ade 'pertandingan' untuk menentukan siapa yang akan menjadi khalifah yang pertama menggantikan Nabi S.A.W., setiap puak Arab berkehendakkan calun masing2 menjadi khalifah, tapi lepas muzakarah antara mereka dan pelantikan Saidina Abu Bakar A.S. sebagai khalifah, semuanya menerima dan memperakui Abu Bakar sebagai pemimpin.. dan semua bekerjasama dengan Abu Bakar untuk membangunkan Islam pada masa tu..
Mintak-mintak la diorang ni lebih mementingkan rakyat dari kepentingan diri sendiri.. bila la nak sedar diorang-diorang nih.. kesian negeri aku.. kesian rakyat negeri aku.. kesian.. kesian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nak aku kesian kat ko ke?? wakakakah.. permainan politik camtulah.. kalau aku kat TM nie sure tau lagik perkembangan terkini politik.. kekwn aku ramai gak yg sokong pembangkang.. abiss ler aku pecah rahsia ;) hehhehe
ReplyDelete