
Dua malam lepas aku melihat anak-anak Palestin menangis mengenangkan ayah dan ibu yang syahid akibat serangan yahudi laknatullah, semalam aku melihat wanita-wanita Palestin menitiskan air mata pabila teringat pada kerabat dan keluarga yang syahid di peperangan.. Banyak sungguh dugaan dan cubaan buat mereka di sana..
Minggu yang dulu aku melihat seorang bapa menangis mengenangkan anak yang pergi akibat kemalangan, pernah aku melihat esakan ibu dan anak ketika lelaki yang bernama ayah pergi buat selama-lamanya..
Pernah aku sendiri menitiskan air mata mengenangkan orang tuaku yang dah lama tiada..
Entah kenapa terlalu banyak ingatan tentang kematian.. mungkin sebab umur dah melebihi separuh usia Nabi SAW, bekalan akhirat entahkan ada entahkan tidak :(
Akan adakah yang akan menangisi aku bila aku tiada nanti? Atau hanya rohku yang akan menangis mengenangkan bekalanku hanya dosa tanpa pahala? Apa ertinya tangisan apabila kematian menjadi ingatan?
Jangan ada esok yang menangis kerana cinta kepadaku, jangan ada nanti yang menangis kerana rindu kepada jasadku, jangan ada yang menangis hanya kerana hilang gelak dan tawaku.. Iringi aku dengan doa-doamu, iringi pemergianku nanti dengan hati yang tenang kerana aku hanyalah secebis kehidupan di dunia milik Yang Abadi..

" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".
Sabda Nabi SAW: “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”
Betul tu faisal.. aku skrg nie sering terfikir tentang kematian apatah lagi rakan2 terdekat aku ramainya mengalami kehilangan kematian dan sedikit sebanyak membuatkan aku turut terasa bahang kesannya.
ReplyDeletemengingatkan kematian perkara yang baik. memberi kita keinsafan dan membolehkan kita mengira-ngira sebanyak manakah amalan kita selama ini. Cukup ke tidak untuk bekalan.
ReplyDelete