Thursday, January 22, 2009

Merenunglah dan Bersyukurlah

Semalam aku mula membaca sebuah buku yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, dah lama dah beli buku ni tapi biasalah kan, nak mula dan nak maintain baca tu aku memang malas.. hahaha..

Buku 'La Tahzan' atau maksudnya "Jangan Bersedih' karangan Dr 'Aidh bin Abdullah bin 'Aidh 'Ali Majdu' Al-Qarni menjadi santapan minda aku bermula semalam.. Menarik dan memberi pandangan yang baru buat aku.. Lebih2 lagi dengan keadaan yang agak menyuramkan kebelakangan ini, setidak2nya bacaan kali ini memberi pandangan yang berbeza mengenai perkara yang berlaku disekeliling aku.. mungkin apa yang ditulis (aku baru baca 12 pages, banyak lagi, heheh.. ade 599 pages untuk diintai..) sesuatu yang tak asing diucapkan semasa seminar jati diri, motivasi dan sebagainya, tapi aku ingin menjadikan pembacaan kali ini sebagai peringatan buat aku yang sentiasa lalai dan alpa..

'Merenunglah dan Bersyukurlah' adalah kandungan pertama dalam La Tahzan.. sebenarnya hidup ini amat ringkas dan mudah sekiranya kita sentiasa bersyukur.. setiap yang ada pada diri kita walaupun hanya sedikit adalah anugerah Allah Yang Maha Esa, Dia lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apakah kita harus menangisi segala kekurangan yang ada pada diri kita sedangkan apa yang kita 'miliki' di dunia ini hanyalah pinjaman semata2..

Sedikit pembacaan dari La Tahzan; Apakah anda mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, walhal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya?

Renunglah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Allah memberi kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar Gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, dalam hidup yang ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, tidur yang nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagian, memiliki setumpuk kebaikan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renunglah dan bersykurlah!

Sekadar peringatan buat diriku dan sahabat di luar sana; apakah harus kita tangisi segala yang merupakan milik Allah semata-mata? Sesungguhnya aku lupa bersyukur kepada-Mu ya Allah, lalai dalam nikmat kehidupan duniawi sedangkan yang harus ku kejar adalah kehidupan yang abadi di akhirat nanti..
Ya Allah, segala puji hanyalah untuk-Mu, segala keagungan hanyalah untuk-Mu.. Engkaulah yang memiliki segala-galanya, pemilik nafas dan diri ku. Aku bermohon kepada-Mu ya Allah, tatkala nama-Mu ke seru, goncanglah dada ini agar aku terus tunduk dan bersyukur kepada-MU, bersyukur dengan segala nikmat pemberian-Mu ya Allah..
Ya Allah, dengan nama-Mu yang agung, dengan nama-Mu yang suci, Engkau yang meninggikan langit tanpa tiang, yang bersemayam di arasy yang tinggi, yang menundukkan matahari dan bulan, yang menjadikan segalanya di dunia ini. Wahai Allah yang maha dekat, yang lebih dekat dari urat nadiku; permudahkanlah urusanku, redhai segala pekerjaanku, jadikanlah lidah ku terus menyebut nama-Mu, izinkan air mataku terus mengalir selari keinsafan dihati kecilku ya Allah..
Ya Allah, tatkala dosa itu amat mudah untuk aku lakukan, ketika berkeluh kesah itu selalu menutur dibibirku; berikan aku hidayah ya Allah, bukakan nur iman di hatiku agar aku tidak terus menjerumus ke lembah kehinaan.. agar aku tidak terus mengkhufuri nikmatmu ya Allah. Ampunkan diriku, keluarga dan sahabat-sahabatku ya Allah, Engkaulah yang maha pengampun, yang maha penyayang, yang maha mengetahui akan apa yang aku lakukan..

3 comments:

  1. Bagus buku nie.. leh ke ko poskan satu utk aku heheheh ;)..

    Betul tu kdgkala kita tak bersyukur dengan kelebihan yang kita ada.. malah mengeluh dengan kekurangan yg kita miliki.. sedgkan ada org lain yg serba kekurangan dari kita kan

    ReplyDelete
  2. salam. baca petikan di atas, menyelinap rasa keinsafan ke dalam diri.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...cantik tajuk buku nih...nanti tokma nak cari/beli. Tokma singgah pulak dirumah faizal...tima kasih datang rumah tokma yer, senang2 datanglah lagi.

    Yang cantiknya kita nih seperti buku tigalima (555) faizal 33 tokma 55, baca kisah faizal memang banyak yang diukir disini (itu baru 33 tahun)...faizal pada umur 55 tahun, entah2 lagi banyak agaknya pengalaman yang nak diabadikan dan dikongsi bersama.

    ReplyDelete